( MICROSOFT EXCEL ) - ASSIGNMENT 8

assignment_8_microsoft_excel.xlsx | |
File Size: | 20 kb |
File Type: | xlsx |
( VIDEO POWTOON ) - ASSIGNMENT 7
( BROSUR ) - ASSIGNMENT 6
Brosur Microsoft Word
Brosur Microsoft Publisher
( LAPORAN SOAL SELIDIK ) - ASSIGNMENT 5
Assalamualaikum W.b.t.
Ini adalah laporan kajian yang dilakukan oleh kumpulan kami.
Ini adalah laporan kajian yang dilakukan oleh kumpulan kami.
(MEMBINA SOAL SELIDIK) - ASSIGNMENT 4
Alhamdulillah, kini sudah memasuki minggu ke tujuh untuk tugasan yang ke empat kali ini agak mencabar kerana kumpulan saya perlu membuat proses penyelidikan Iaitu soal selidik berdasarkan tajuk yang dipilih. Tajuk kumpulan kami adalah E-learning & mobile learning.
Disini saya sertakan link untuk ke soalan survey berikut : |
|
(GOOGLE DRIVE) PRESENTATION - ASSIGNMENT 3
Alhamdulillah, saya berpeluang lagi untuk membuat tugasan 3, kumpulan kami dikehendaki membangunkan persembahan (Google Drive) Presentation dengan mengaplikasi konsep CASPER. Tugasan kali ini adalah membuat persembahan power point dengan mengaplikasikan Prinsip CASPER dari segi pemilihan teks,grafik dan warna yang sesuai untuk menghasilkan satu persembahan (Google Drive) Presentation.
|
|
LMS DAN CMS - ASSIGNMENT 2
Assalamualaikum,
Alhamdulillah bersyukur saya ke hadrat Ilahi kerana limpah dan kurniaanNya saya masih diberi untuk menikmati ciptaanNya pada hari ini dan masih boleh bernafas hari ini. kita telah pun memasuki minggu ke 4 dalam kursus GE1155 Komputer Dalam Pendidikan. Saya ingin berkongsi kefahaman tentang Learning Management System (LMS) dan Course Management System (CMS) berdasarkan maklumat yang telah saya terokai dalam google.
Dalam pengetahuan saya, Learning management System(LMS) adalah pangkalan data berasaskan web yang digunakan untuk menyelia aktiviti pembelajaran pelajar dan pada masa yang sama, memberikan akses kepada institut pembelajaran dalam talian untuk semua peserta. selain mengedarkan kursus berasaskan dalam talian, Setiap pelajar boleh berinteraksi dengan tutor mereka melalui forum dalam talian selagi ia melibatkan aktiviti pembelajaran. Sebagai contoh, apa yang kita lakukan sekarang dianggap sebagai LMS, forum dalam talian. Tambahan pula, Universiti dan kolej menggunakan LMS untuk menyampaikan bahan-bahan kursus dalam talian mereka. Bukan itu sahaja, pelajar boleh mempunyai persidangan dalam talian dengan pensyarah mereka tanpa apa-apa had dalam jarak.
Selain itu,Course Management System(CMS), ia adalah satu interaksi kursus dalam talian yang termasuk jenis bahan dan alat.CMS di sisi lain, digunakan untuk berkongsi data dan bahan-bahan boleh didapati di web tanpa perlu memahami bahasa komputer. Hanya mentor yang berkelayakan dan pendidik dapat berkongsi semua data dan bahan-bahan kursus. Tambahan pula, ia melibatkan interaksi antara pengajar dan pelajar. Ia dicipta oleh tutor untuk melibatkan penyertaan pelajar. Nota-nota kursus dan bahan-bahan yang diberikan boleh dibaca dalam talian dan pelajar boleh menggunakan komen untuk perbincangan sesuatu perkara. Sebagai contoh menggunakan pemacu Google, kami boleh melakukan perbincangan dalam talian dan pada masa yang sama kita masih boleh berkongsi fail dan dokumen. Selepas itu, kita boleh berbual mengenainya dan saling berkongsi idea-idea yang bernas untuk menghasilkan kerja yang lebih bermutu.
Kesimpulannya, Penggunaan sistem ini juga dapat menjimatkan masa bagi pensyarah dan pelajar dalam menguruskan sesi pengajaran dan pembelajaran. Adanya sistem seperti ini akan lebih meningkatkan penggunakan komputer di negara kita.
Sekian Terima Kasih.

Fungsi komputer sebagai ' alat ' , 'guru' dan 'pelajar' - ASSIGNMENT 1
Fungsi komputer sebagai alat
Seperti yang kita ketahui bahawa komputer merupakan sejenis alat yang digunakan untuk memudahkan sesuatu tugas. Antaranya adalah menulis surat terutama surat kiriman rasmi yang perlu ditaip, penyimpanan maklumat yang lebih selamat berbanding menyimpan maklumat di rumah yang dikhuatiri boleh hilang atau rosak seperti terkoyak. Seterusnya, lebih daripada itu, komputer boleh digunaka untuk memudahkan pembentangan sesuatu berbanding hanya menggunakan kertas atau papan putih. Hal ini demikian kerana, kita boleh mengubah data-data kita berbanding menggunakan kertas yang harus diconteng atau dibuang untuk menambah maklumat baharu. Tambahan pula, penggunaan komputer juga boleh menjadikan sesuatu persembahan lebih menarik dan tidak membosankan dengan memasukkan elemen-elemen seperti muzik atau video. Selanjutnya, komputer juga berperanan sebagai alat penyatuan umat manusia di seluruh pelusuk dunia. Hal ini demikian kerana, setiap maklumat berada di hujung jari dengan adanya internet. Menggunakan aplikasi di internet seperti ‘skype’, kita boleh berhubung secara langsung melalui panggilan video dan kita hanya perlu berada di hadapan komputer. Secara tidak langsung, kita dapat menjimatkan masa, tenaga dan kos untuk bertemu dengan rakan yang jauh dari kita terutama dari luar negara. Tuntasnya, komputer telah ditransformasi sejak pembinaan pertama yang hanya digunakan sebagai alat kira- kira. Namun kini, komputer menjadi sebagai ‘alat’ yang mempunyai banyak lagi fungsi dan kepentingan yang lain. _
Fungsi komputer kepada guru
Tuntasnya, komputer telah ditransformasi sejak pembinaan pertama yang hanya digunakan sebagai alat kira- kira. Namun kini, komputer menjadi sebagai ‘alat’ yang mempunyai banyak lagi fungsi dan kepentingan yang lain. ‘ GURU ’ Dalam era globalisasi kini, kita tidak dapat lari daripada arus pembangunan. Begitu juga dari aspek teknologi yang telah digabungkan dalam kurikulum sekolah sebagai satu daya usaha ke arah menyemai dan memupuk minat serta sikap yang positif terhadap perkembangan teknologi. Budaya persekolahan seharusnya diubah daripada sesuatu yang berdasarkan memori kepada yang berpengetahuan, berpemikiran, kreatif,dan penyayang dengan menggunakan teknologi terkini ( KPM, 1997 ). Atas alasan inilah pihak kerajaan melalui Kementerian Pendidikan berhasrat untuk mengwujudkan Sekolah Bestari yang sekali gus bertindak mengisi agenda perancangan , dan perlaksanaan Koridor Raya Multimedia ( Multimedia Super Corridor atau MSC ). Perlaksanaan Sekolah Bestari akan membuka ruang seluas-luasnya kepada teknologi komputer yang akan membolehkan fleksibiliti dan kepelbagaian dibina dalam sistem pendidikan. Suasana ini akan mengurangkan jurang peluang antara mereka yang berada dan berupaya menggunakan teknologi terkini di rumah, dengan mereka yang kurang berada ( KPM, 1997 ).Dalam pengajaran berbantukan komputer ( CAI ), komputer boleh dianggap sebagai tutor atau guru. Dalam proses pengajaran sebenar dalam bilik darjah, guru berperanan sebagai pengajar (instructor), penerang (explaner) dan pemudahcara (facilitator). Semua peranan ini boleh diambil alih oleh komputer dalam CAI ( Abd. Rahman, 1995 ). Pengajaran berbantukan komputer melibatkan sistem tutorial, permainan dan simulasi di samping aktiviti latih tubi (PPK, 1993; Jamaludin, 1989 ). Di samping itu, fungsi komputer kepada guru adalah untuk mencari bahan-bahan mengajar di mana guru akan menggunakan internet untuk mencarinya. Ini akan memudahkan pekerjaan guru jika ada maklumat yang tidak di ketahui. Selain daripada itu, dengan menggunakan komputer juga guru dapat membuat surat-surat kerja , latihan-latihan kepada pelajar dan membuat slide show kepada pelajar .
Fungsi komputer kepada pelajar
Pertama, komputer merupakan jambatan uang menghubungkan para pelajar dengan internet. Internet telah dikenali sebai pemangkin utama dalam membantu para pelajar ketika menimba ilmu. Malah, ia juga dikenali sebagai gedung kepada semua ilmu pengetahuan. Menerusi internet, para pelajar boleh mendapat ilmu pengetahuan dengan masa yang singkat. Mereka juga tidak perlu ke perpustakaan untuk mendapat ilmu pengetahuan. Apa yang yang membantu para pelajar dalam pendidikan ialah komputer dapat berkhidmat dengan pantas untuk mendapatkat maklumat. Mendapatkan matlumat dengan pantas juga merupakan faktor penting dalam menetukan kejayaan seseorang pelajar. Ini kerana pelajar hari ini menghadapi persaingan yang sengit dalam usahanya untuk mendapat markah terbaik.
Di samping itu, komputer juga berfungsi untuk menyimpan fail. Fungsi ini amat diperlukan oleh setipa pelajar. Ini keran para pelajar juga mengalami masalah untuk menyimpan nota mereka. Nota yang berbentuk cetak akan memakan tempat dan ini boleh menimbulkan kekeliruan dalam mencari nota mereka. Kadang-kalanya, nota-nota mereka akan hilang kerana tidak dijaga denga baik. Menerusi komputer, masalah-masalah ini mungkin dapat diselesaikan. Pelajar boleh menyimpan fail-fail mereka dalam thumbdrive bagi memudahkan dibawa ke mana-mana tempat. Pelajar juga boleh menbuat salinan fail itu dalam masa yang singkat. Mereka juga boleh merakamkan sauara atau pita video dalam cakaera padat padat dalam jangka maa yang panjang. Oleh itu, pelajar dapat manfaat daripada komputer dari segi penyimpanan fail. Ditambah pula komputer berfungsi sebagai alat komunikasi bagi pelajar. Menerusi internet, para pelajar dapat berkomunikasi dengan rakan-rakan mereka. Mereka boleh berkongsi nota atau pengalaman menerusi warkah elektronik. Pelajar juga boleh berhubung dengan guru untuk menanyakan beberapa topik yang kurang faham. Dengan adanya internet ini, para pelajar dapat meluaskan rangkaian mereka dan bertukar-tukar idea. Intihanya, komputer pada masa kini mempunyai pelbagai kegunaan terutama sekali sebagai ‘alat’, ‘guru’, ‘pelajar’. Kehadiran komputer pada hari ini banyak membantu dalam meningkatkan taraf pendidikan di Malaysia khususnya dan di UKM sendiri amnya yang kini menerapkan penggunaan komputer dalam pendidikan dan dalam segala urusan. Akhir sekali, seluruh lapisan masyarakat haraplah diajar tentang kepentingan dan kegunaan komputer untuk melahirkan sebuah negara yang maju dengan penggunaan teknologi ini.